Tuesday 13 March 2012

TESIS PLUS VANILLA COKLAT

menyempat lagi tengok vanilla coklat sambil tangan buat tesis haha..dah episod akhir dah pon huhu.so sweet laa citer ni :) part ayat neh best..rasa ayat tak betol 100 per cent but maksud dia same je :P

mak zara : ade klas ke tak ni?
amir : tak de klas mak.. tapi kalau ade klas pon saya sanggup ponteng demi zara *so sweet..tiba tiba teringat kat someone time ni..

Monday 12 March 2012

Bukit Cerakah's Journey

 memang ah if benda yang tak plan mesti jadi jer..try plan pasti aku rasa tak jadi hehe..1st time pergi bukit cerakah..rempit plak tuu.:) ingat kan jauh sangat..rupa rupanya dekat jer pon hihi

best jugak pergi kat sini sebab suasana dia nyaman..tapi yang tak best sangat bila time aku pergi hujan plak..ishk ishk so nak pergi lain kali boleh tak?lain kali nak cycling boleh tak? ask somebody..hikhik

best kot tengok orang cycling hihi..tapi hari tuu pakai macam nak pergi shopping maklumlah tak plan kan..
bayaran dia pon murah jer rm3 per person and + rm 3 if nak masuk rumah 4 musim..so kira rm 6 sorang...hikhik. oke la kan? 




Wednesday 29 February 2012

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

 Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya." [Al-Waqiah : 35-37]

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W, katanya di dalam sebuah hadis yang panjang: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (hingga akhir hadis)" [Riwayat al-Tabrani]

Rasulullah S.A.W bersabda: "Orang mukmin yang paling sempurna Imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya." [Riwayat Abu Daud dan Tirmizi]

 Lagi sabda Rasulullah S.A.W: "Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi." [Riwayat Abu 'Asakir]

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik." [Surah Al-Ahzab: 32]

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya." [Riwayat Al-Bazzar]

p/s:  can i ? ;(