Thursday 11 August 2011

ulser mulut....:(((

okelah entry neh aku post sebab aku neh suka sangat kena penyakit ulser mulut...sakit seh..nak makan pon seksa..sampai nangis nangis..terharu dapat makan..huhu so aku search tenet tengok pasal ulser mulut neh

Ulser ialah tompokan putih di dalam mulut. Ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah. Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulser tadi.(copy)

memang sakit yang amat !!! huhuhu

Ulser mulut boleh menyebabkan barah ??!!! OMG !!!! mintak dijauhkan...

Kebanyakan daripada kita mesti pernah menghidap ulser. Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina tetapi golongon wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutamanya bagi wanita yang mengandung dan datang haid. Ulser ini biasanya akan pulih dengan sendirinya dan kalau berulang pun tidaklah serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.(copy)

oke aku boleh terima sekarang kalau aku dapat ulser..but waktu waktu lain pon kena jugak.....huhuhu

Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit seperti tergigit bibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam. Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.(copy)
so aku sebab ape ek?? jangkitan bakteria??tergigit??kurang zat makann??tekanan??kurang rehat??keadaan mulut yang kotor??!! 

 Langkah Pencegahan

Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mencegah/menyembuhkan ulser :

* Minum air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid
* Jauhi makanan yang banyak mengandungi rempah
* Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit
* Elakkan daripada tekanan perasaan

Jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari 3 minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

p/s: oke dah tahu dah...tak minum air banyak banyak.so nak kena minum air banyak banyak biar kembung perut...:P

No comments:

Post a Comment