Friday 24 February 2012

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa minuman bergas banyak membawa keburukan terhadap kesihatan  manusia. Di dalam artikel ini akan menerangkan dengan lebih terperinci lagi supaya anda mengetahui bagaimana ia boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda.so,bile dekat KFC orang sibuk order air coke,strawberi dan macam macam..saya nak hot milo jer hehe :) *motif ?


(1) Minuman bergas mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.

(2)Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit.

(3) Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman bergas yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut.actually pasal BPA neh my sis yang bagitau keburukan dia*dalam hati bagus lah kakak aku neh..kenapa aku tak tahu padahal belajar tinggi lagi dari dia.KAGUM.hehe.

(4) Minuman bergas juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.

 p/s : botol air saya free BPA. anda bagaimana?*promote botol air mak saya beli hikhik*actually post neh just nak promote botol air je hahaha.

No comments:

Post a Comment