Tuesday 7 February 2012

Muhammad (terpuji)

rasanya tak terlewat lagi untuk aku cerita pasal nabi muhammad sempena maulidur rasul kan? hihi :) so,jom dengar kisah nabi muhammad yang aku tahu/pernah baca sebelum neh..hihi

nabi muhammad adalah nabi terakhir kita dan diberikan kitab al quran oleh Allah sebagai mukjizat kepadaNya.
juga merupakan pemberi syafaat kepada kita kelak.oke..bercerita pasal syafaat..Allah telah bagi pilihan kepada nabi samaada mahu menyelamatkan separuh umatnya kedalam syurga ataupun syafaat..dan nabi telah memilih syafaat kerana dengan syafaat ramai lagi umatNya akan terselamat dari neraka jahanam...so,berterima kasih lah kepada nabi terakhir kita dengan berselawat kepadanya...kerana dengan selawat itulah yang akan memudahkan kita untuk berjumpanye di padang mahsyar kelak :)

ketika nabi berusia 5 ke 7 bulan..xingat..dia dah boleh bercakap,boleh berjalan dah...dan masa dalam beberapa bulan itu juga..malaikat telah membelah dada muhammad dan mencuci hatinya dengan air zam zam...dan maha besar Allah takde parut pon kat dada muhammad...huhu dan pada usia 2 tahun sudah menjadi pengembala kambing.

seorang yang penyayang kerana sanggup membiarkan dirinya bersujud lama kerana cucunya husin dan hasan bermain dibelakangnya ketika dia sujud...selalu minum ditempat aisyah minum,berlumba lari dengan aisyah...sanggup tidur di depan pintu rumahnya kerana isterinya tidak terjaga dari tidur ketika dia pulang ke rumah..if lelaki sekarang? mahu tercabut pintu rumah tuu..huhuhu..janganlah mengharapkan lelaki sebaik muhammad kalau kita tidak sebaik aisyah dan sebaliknya :) so,muhasabah diri dan berusaha lah menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam.

mempunyai mata yang boleh menakutkan lawan..tak ingat nama sape lawan dia tuu tapi time tuu lawan dia dah menghunus pedang kat leher nabi..tapi bila dia tengok mata nabi terus dia takut..huhu macam mana laa mata nabi muhammad kan? alangkah bagusnya kalau kita boleh kenal dia dengan lebih dekat..

seorang yang bijak,kerana selalu menyelesaikan masalah dengan mudah..misalnya masalah siapakah yang lebih layak untuk meletakkan hajarul aswad diselesaikan dengan meletakkan batu itu di atas kain dan setiap ketua memegang bucu kain tuu..selesai masalah..

fizikalnya,badannya tegap,jalannya sangat macho,selalu berbau wangi..rambutnya tersisir rapi..sangat kemas orangnya...dan banyak lagi

ape lagi ek?nabi seorang yang pemaaf..even orang buat jahat dengan dia,dia akan tolong orang tu jugak..misalnya ada seorang kafir neh selalu baling najis kat rumah nabi..pastu satu hari tuu dia tak datang so nabi pelik..then rupa rupanya orang yang baling najis tuu sakit..so sape yang take care orang tuu? nabi muhammad..kalau kita mesti dah cakap padan muka,biar rasakan balasannya..kan? kan? huhuhu *nak kena belajar maafkan orang*


p/s: renung renungkanlah dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment